WEB BPPNT


Sumber : Tranung Kite

LPT - Terengganu Perlu Buktikan

Assalamualaikum,

Terengganu perlu buktikan dengan membina sendiri lebuhraya pantai timur. Tak perlulah lagi mendengar dolak-dalih dari pusat. Untuk melaksanakan projek ini, ianya tentu perlu diswastakan dan diberi konsesi untuk jangkamasa tertentu.Kerajaan Terengganu perlu memikir dan mengkaji secara mendalam tentang usaha ini kerana ini adalah satu cara untuk membuka mata rakyat khasnya diluar Terengganu. Projek ini perlu dijalankan dengan teliti bermula dari pemilihan kontraktor, kos projek dan yang paling penting ialah nilai bayaran tol yang akan dikenakan.

Tol akan menjadi isu kelak tetapi dengan perancangan yang rapi dan pengiraan keuntungan yang munasabah, saya rasa bayaran tol LPT akan jauh lebih rendah berbanding dengan bayaran tol PLUS. Itu perkara pokok yang perlu difikir kerana dengan ini akan membuka mata rakyat untuk berfikir kenapa bayaran tol PLUS tinggi dan siapa yang berada dibelakang PLUS. Rakyat akan berfikir kenapa tol LPT lebih rendah berbeza dengan tol PLUS.Rakyat akkan berfikir bahawa ada orang yang "menyonglap" duit mereka.

Disamping itu kerajaan harus mengisytiharkan kos sebenar projek itu apabila siap untuk menjadi perbandingan dengan PLUS kerana sebelum ini belum ada pihak yang berani berbuat demikian. Dan tidak akan ada pihak yang mampu melakukannya kecuali Kerajaan Negeri Terengganu.

Jadi, sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh MB Terengganu berulang kali maka ianya perlulah direaliti secepat mungkin supaya ianya menjadi mimpi ngeri bagi Umno.

Wassalam.
Cybertaliban


  Kembali ke Laman Utama