WEB BPPNT


Sumber : Mahazalim

Laporan Ceramah Bersama Tuan Guru Hj. Hadi dari Pulau Pinang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tadi saya baru balik (15/10/2000) dari ceramah bersama MB Terengganu YB Tuan Guru Haji Hadi Awang di Sungai Nibung Pulau Pinang. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dengan anggaran hadirin melebihi 6000 orang dengan kutipan derma hampir mencecah RM8000.00. Jumlah hadirin ini amat membanggakan jika di ambil faktor cuaca yang tak menentu khususnya di utara semenanjung, bola sepak Piala Malaysia(akhir) dan jarak pilihan raya umum yang masih jauh.

Dalam ceramah tersebut beliau menceritakan pengalaman dan masaalah bermula dari hari pertama memenangi pilihan raya hingga kesaat ini termasuk isu semasa seperti isu royalti,lebuh raya dan sebagainya. Dia juga mengugut akan mendedahkan segala fail penyelewengan bekas kerajaan BN jika kerajaan Terengganu berterusan ditindas. Dia juga mengumumkan KERAJAAN TERENGGANU AKAN MENERUSKAN SENDIRI LEBUH RAYA PANTAI TIMUR.

Di akhir ceramah di adakan sesi soal jawab. Empat soalan telah dikemukakan oleh kaum tiong hua mewakili DAP dan Keadilan. Tetapi pada saya soalan-soalan ini mungkin prvokasi dari BN yang mungkin cuba melaga-lagakan komponen BA. Soalan itu berbunyi:

1. Mengapa Kerajaan Trengganu menutup karoeke sedangkan kaum Cina dapat menerimanya.

2. Adakah demokrasi akan diteruskan jika kerajaan Islam pimpinan PAS dibentuk.

3. Adakah Kerajaan Islam mengenakan hukum hudud kepada bukan Islam.

4. Adakah pelabur asing masih masuk ke Trengganu.

Alhamdulillah Tuan Guru dapat menjawap soalan-soalan yang di beri dengan baik dan dapat memuaskan hati para hadirin. Syabas Tuan Guru.

Laporan dari,

Reformis Senggora
1:20 am - 16/10/2000


  Kembali ke Laman Utama