Make your own free website on Tripod.com

WEB BPPNT

Sumber : Malaysiakini

Debat pemuda Umno-PAS bulan depan

3.30pm, RABU: Pergerakan Pemuda Umno bercadang mengadakan debat dengan Pemuda PAS berhubung hak keistimewaan Melayu itu bulan depan.

Menurut Setiausaha Pemuda Umno, Mohd Zulkifli Alwi, pergerakan itu masih belum menetapkan satu tarikh khusus tetapi ia dijangkakan dijalankan sebelum bulan puasa, iaitu akhir November depan.

Beliau berkata perbincangan berhubung butir-butir debat akan diteruskan bersama Setiausaha Pemuda PAS, Idris Ahmad. Beliau akan menjawab surat Pemuda PAS berhubung debat yang dijalankan "satu lawan satu."

Ketua Dewan Pemuda PAS, Mahfuz Omar telah menghantar sendiri surat persetujuan untuk debat kedua-dua parti itu di bangunan Umno dua hari lalu.

Dalam surat itu, Mahfuz menyatakan beliau bersedia menerima cabaran berdebat dan sekali lagi mencadangkan ia diadakan secara terbuka di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Zulkifli menjelaskan Pemuda Umno telah mengambil beberapa ketetapan untuk meneruskan program itu ekoran desakan Mahfuz.

"Kalau itulah cara untuk menampilkan kebenaran, Pemuda Umno bersedia mengadakan perdebatan," kata Zulkifli kepada malaysiakini.

Bagaimanapun beliau menegaskan perbincangan itu harus dijalankan secara tertib dan beradab supaya "tidak menjadi sarkas politik" seperti beberapa forum yang pernah diwakili oleh kedua-dua parti itu.

Bekas exco Pemuda Umno, Zein Isma didakwa pernah diganggu oleh penonton setiap kali beliau bangun untuk berdebat dalam satu forum terbuka di Universiti Kebangsaan Malaysia tahun lalu.

Menteri Penerangan, Tan Sri Khalil Yakob dilaporkan hari ini berkata, kerajaan tidak mempunyai peruntukan untuk menyiarkan secara langsung acara sedemikian melalui televisyen.

Sementara Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa debat itu dibatalkan kerana disifatkan tidak membawa faedah selain menguntungkan politik Ketua Pemuda PAS itu.

  Kembali ke Laman Utama