WEB BPPNT


Sumber : Harakah Daily

Umat Islam AS demo bantah Zionis di White House

Washington DC, 14 Okt (Hrkh) - Beribu ribu penunjuk perasaan anti-Zionis telah membanjiri Lafayette Park di hadapan kediaman rasmi Presiden, White House, untuk menyatakan bantahan dan kutukan terhadap regim Zionis Israel kerana kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Penduduk Islam tempatan yang terdiri berbagai bangsa bersama sama menghadiri tunjuk perasaan yang bermula pada jam 11:45 pagi.

Pemimpin dari berbagai pertubuhan Islam memberi ucapan mengutuk regim Zionis.

Seterusnya mereka mengadakan solat Jumaat di hadapan White House.

Selepas solat Jumaat ucapan disambung semula diikuti dengan satu sidang akhbar. Tepat jam 3:00 petang mereka berarak menuju ke Jabatan Negara AS.

Di sepanjang perarakan itu mereka melaungkan slogan slogan kutukan terhadap regim Zionis seperti "Stop killing Palestinian", "Enough Killing","No Jerusalem No Justice","Israel Kills Children".

Tunjuk perasaan berakhir pada jam 5:00 waktu Washington. Demostrasi ini dijangka berterusan sehingga minggu depan.


  Kembali ke Laman Utama