; Registration code (if you have it) ; Optional URL link when applet is "clicked". ; Reglink opened in new frame? ; Name of new frame for reglink ; Statusbar message ; Image to load ; resolution (1 .. 8) ; Light effects ("YES" or "NO") ; Lowest light (-255 .. 255) ; Highest light (-255 .. 255) ; Auto design ("YES" or "NO") ; Density of fluid (2 .. 6) ; Number of fishes (0 .. 2) ; Cross effect ("YES" or "NO") ; Factor of cross effect ; Size of circular rain (0 = OFF) ; Circular rain factor ; Size of square rain (0 = OFF) ; Square rain factor ; Fixed drops ("YES" or "NO") ; X coord of fixed drops ; Y coord of fixed drops ; Size of fixed drops ; Factor of fixed drops ; Rain pressure (1 .. 2000) ; Fluidity ("water" or "oil") ; Interaction ("ON" .. "OFF") ; Optional image over applet ; Over image X offset ; Over image Y offset ; Memory deallocation delay ; Task priority (1..10) ; Min. milliseconds/frame for sync Sorry, your browser doesn't support Java. ; Message for no java browsers. Detik-Detik Awal
Selepas Kemenangan

Negeri Terengganu Darul Iman
Rakaman detik bersejarah...
 (29 Nov '99) Ucapan YAB Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang selepas kemenangan
 (2 Dis '99) Detik perlantikan Tuan Guru sebagai Menteri Besar Terengganu
 Amanat Tuan Guru selepas kemenangan
29 Nov 99 PAS dan Barisan Alternatif (BA) memenangi pilihanraya umum Negeri Terengganu dan lapan kerusi Parlimen.
30 Nov 99 Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menerima watikah daripada Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Badariah, Kuala Terengganu.
1 Dis 99 Penamatan kutipan tol di Jambatan Sultan Mahmud Kuala Terengganu.
2 Dis 99 Majlis Mengangkat Sumpah Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di hadapan Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah Kuala Terengganu. Pada jam 11 pagi Mesyuarat Ahli Exco Kerajaan Negeri yang pertama.
9 Feb 99 Tazkirah Menteri Besar yang pertama setiap pagi Khamis kepada kakitangan Kerajaan Negeri di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
16 Dis 99 Perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Y:B. Dato' Senara Muda Dato' Mazlan Hashim.

Perlantikan Pegawai Kewangan Negeri Y.B.M. Dato' Ku Azah Syed Alwee

Perlantikan Penasihat Undang-undang Negeri Encik Abdul Karim Abdul Rahman.
20 Dis 99 Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Persidangan Dewan Undangan Negeri Pertama bagi Penggal Ke 10.
21 Dis 99 Beberapa pengumuman penting dalam sesi Pembentangan Belanjawan 2000 oleh YAB Menteri Besar, di Persidangan Dewan Undangan Negeri :
a) Kerja lima hari seminggu (cuti Jumaat dan Sabtu)
b) Cuti bersalin 90 hari
c) Cuti suami (isteri bersalin) 7 hari
d) Dana Pendidikan RM 20.5 juta
e) Dana membantu sekolah-sekolah agama rakyat berjumlah RM 2 juta
f) Mewujudkan padang ragut rakyat bagi para penternak
1 Jan 2000 Bermula kerja 5 hari seminggu bagi kakitangan kerajaan negeri.
5 Jan 2000 Perlantikan dan Angkat Sumpah Yang Dipertua Majlis Perbandaran dan Daerah seluruh negeri di hadapan Menteri Besar.
21 Jan 2000 Majlis Solat Rajat dan Ceramah Perdana oleh pemimpin Barisan Altematif di Stadium Sultan Ismail, Kuala Terengganu.
28 Jan 2000 Dine-Logue 2000 bersama Menteri Besar di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur.

Kunjungan hurmatdan lawatan wakil-wakil kerajaan, kedutaan serta tetamu kehormat peringkat negeri, negara dan antarabangsa ke Pejabat Menteri Besar, Tingkat 16, Wisma Darul Iman Kuala Terengganu.

30 Jan 2000 Forum Dasar Perindustrian Terengganu Menjelang Alaf Baru 2000 di Dewan Konvensyen, Tingkat 2, Wisma Darul Iman Kuala Terengganu, dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia Negeri, Haji Mustafa Ali.
3 Feb - 8 March 2000 Lawatan Menteri Besar ke seluruh daerah.
16 Feb 2000 Menteri Besar bersama Exco Kerajaan Negeri mengadap Sultan Terengganu di Istana Badariah Kuala Terengganu.
20 - 22 Feb 2000 Lawatan Menteri Besar dan exco ke kawasan perindustrian Telok Kalong dan Kerteh Kemaman.
2 March 2000 Perlantikan Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) di hadapan Sultan Mizan di Istana Maziah
4 March 2000 Menteri Besar menyampaikan Anugerah Pingat Emas dan Hadiah Saguhati kepada pelajar-pelajar cemerlang negeri di Stadium Negeri.
8 March 2000 Ceramah Sempena 100 hari pemerintahan Kerajaan Baru Terengganu di Kampung Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu
31 March 2000 Penamatan semua premis perjudian meliputi :
a) Lesen premis
b) Penawaran menceburi perniagaan lain bagi pengusaha terbabit dan penawaran pekerjaan lain bagi kakitangan premis

Bilangan premis perjudian dikurangkan kepada 6 iaitu :

a) Kuala Terengganu : 3 (Sport Toto)
b) Dungun : 1 (Empat Nombot Ekor)
c) Kuala Terengganu : 2 (Empat Nombor Ekor)

Kawalan penjualan arak di kalangan bukan Islam :
a) Jumlah sebelum tahun 2000 : 41 buah
b) Jumlah selepas tahun 2000 : 8 buah

Tiada lesen baru arak dikeluarkan.

April 2000 Tiada lagi premis perjudian di Terengganu.
27 April 2000 Yang Dipertua DUN Terengganu, Haji Hussain Awang mewakili Menteri Besar hadir di Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peserta Program Jaya Diri di Perkarangan Bangunan Pejabat, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Jln Sultan Omar pada jam 3.30 ptg
27 April 2000 Lawatan Kerja dan Kunjungan Hormat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi Negeri Terengganu, Encik Yahaya Ali kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, Encik Abdullah Yaakob di Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan.
22 Mei 2000 Taklimat perjumpaan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah Negeri, Haji Harun Taib di Dewan Utama, Pusat Keluarga, YPK jam 2.30 ptg
27 Mei 2000 Menteri Besar menghadiri Majlis Penyampaian Diploma Homeopati Asas di Hotel Primula Park Royal jam 2.30 ptg
28 Mei 2000 Menteri Besar merasmi dan menyampaikan Ucaputama Sempena Seminar Islam : Aplikasi Syariah Islamiyyah di Dewan Utama, Tingkat 4, Menara Yayasan Islam Terengganu pada jam 9.00 pagi
10 Jun 2000 Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Hj Hussein Awang mewakili Menteri Besar merasmikan Penutup Majlis Tilawah, Hafaz, Tafsir Al-Quran, Nasyid, Bahas dan Kuiz Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu Peringkat Akhir kali ke-31 di Sekolah Menengah Agama MAarif, Kg Raja, Besut jam 11.00 pagi.
12 Jun 2000 Menteri Besar hadir di Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Kecemerlangan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran di Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu, jam 9.30 pagi
16 Jun 2000 Menteri Besar merasmikan Seminar Ulama', Dakwah dan IT anjuran Persatuan Ulama' Negeri Terengganu di Primula Park Royal Kuala Terengganu pada jam 3.15 ptg
19 Jun 2000 Menteri Besar merasmikan Persidangan Agung Tahunan Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia Terengganu kali ke-25 di Perkarangan Kediaman Pegawai Daerah Dungun, jam 10.00 pagi

Lain-Lain
Penghapusan cukai-cukai (sedang dan akan dilaksanakan) :

1. Cukai bakul di pasar
2. Lesen perahu dan beca roda tiga
3. Daftar lahir, permit pindah, sembelih haiwan ternakan yang dikaji semula
4. Cukai pintu rumah kediaman
5. Cukai tanah ditukar kepada sistem zakat dan kharaj
6. Cadangan pembatalan permit pindah pasir sungai

Kewujudan portfolio-portfolio baru bagi Exco Kerajaan Negeri :

1. Hisbah dan Tugas-Tugas Khas
a) Memantau semua perjalanan kerja kerajaan dan kakitangan agensi kerajaan negeri
b) Berfungsi untuk melantik Ahli Jawatankuasa dalam Badan Penyiasatan Penyelewengan bagi menyiasat segala penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang lalu
c) Memastikan kerajaan negeri kini bebas daripada amalan rasuah dan dan lain-lain bentuk penyelewengan
d) Penubuhan jawatankuasa ini juga merupakan yang pertama ditubuhkan di negara ini

2. Hal Ehwal Wanita dan Hubungan Kaum
a) Membantu wanita dalam pembangunan diri dan keluarga
b) Membantu ibu-ibu tunggal dari pelbagai sudut seperti bantuan sara diri, skim jaya diri dan cadangan penubuhan Unit Temu Jodoh
c) Cadangan bagi mewartakan undang-undang menutup aurat bagi kakitangan wanita di gedung-gedung perniagaan

3. Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah

Pendidikan
- Mengelola semua sekolah rakyat dan sekolah yang disalurkan bantuan daripada kerajaan negeri, termasuk sekolah yang menerima bantuan daripada Yayasan Terengganu

Dakwah
- Mengelola Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu termasuk Yayasan Islam Terengganu

Pelaksanaan Syariah
- Memastikan kemudahan pinjaman yang tidak melibatkan sebarang unsur riba dan mengkaji beberapa pelaksanaan baru berkenaan dengan Islam seperti perlaksanaan hudud dan sebagainya

4. Penubuhan Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) bagi menggantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
a) Merancang dan menyelaras perlkasanaan projek pembangunan di kampung
b) Menjaga keselamatan dan keamanan kempung daripada apa jua anasir yang bertujuan merosakkan masyarakat dan negara
c) Memperolehi dan menyimpan segala maklumat asas mengenai kampung-kampung yang di bawah pentadbiran serta rekod-rekod yang berkaitannya

5. Kenaikan elaun bagi imam dan bilal kepada RM 350.00