WEB BPPNT


Sumber : Forum BPPNT

Dimanakah kita - Satu renungan

Assalamualaikum,

Pertama tama saya memohon kemaafan diatas tulisan saya ini.Jauh sekali disudut hati saya untuk mempertikai,memperlekeh,atau menjatuh imej sesiapa.Kesempatan ini saya ambil atas dasar menyahut saranan YAB Tuan Guru "Jangan Takut menegur kami,Kami sedia untuk ditegur".

Setelah hampir setahun kita menawan negeri Terengganu,kita telah membuat banyak perubahan, Alhamdulillah. Namun apa yang saya lihat sikap kita, sikap sebagai pegawai yang dilantik diatas kemenangan. Kekadang kita tidak menunjukkan imej kita selama ini,kita pula sama naik dgn pegawai sedia ada di pejabat.Jauh sekali kita hendak menegur kesilapan mereka,malah kelemahan kita lebih terserlah. Mungkin bagi web master tidak nampak perkara ini kerana berada di Pejabat PAS.Syabas saya ucapkan kepada webmaster kerana masih dapat membezakan antara kerja kerja kepartian dan kerja kerja kerajaan,sewpertimana juga khutbah tok guru saya difahamkan masih disediakan di pejabat PAS tidak lah di pejabat Unit penerangan Terengganu. Ini lah ketelusan PAS.

Kita mengharapkan pegawai pegawai kita yang difahamkan kurang terdedah dengan kerja-kerja pentadbiran tidak jemu-jemu mencari ilmu dan pengalaman."Bertanyalah Kepada Yang Tahu".Kerja melaksanakan tugas parti dan tugas pegawai kerajaan amatlah berbeza,J anganlah kita mengambil mudah dan sambil lewa dalam hal ini.Mata mata hantu dipejabat sentiasa memerhatikan kita.Saya bosan mendengar keluhan dan cemuhan dari pegawai kerajaan tentang kelemahan,keegoan,kesombongan pegawai lantikan politik.Jelas bagi saya ada kebenaranya,walaupun tidak semua yang dinyatakan. Kita jangan bertindak sendirian,akibatnya parti yang terima. Apakah dengan jawatan kita pengarah itu,pengarah ini ,maka kita mersakan kita segala-galanya.Ingatlah pegawai kerajaan dilantik kerana pengalaman serta kecermelangan dalam tugasan pentadiran.Sementara kita dilantik kerana kita adalah orang parti. Pegawai kerajaan, naik dari satu tangga ke satu tangga.Kita pula lepas menang terus dilantik sebagai pengarah.Mungkin sebelum ini kita adalah guru,mungkin sebelum ini kita adalah petugas parti.Sedarlah,Saya tidak bercadang untuk mendatailkan satu persatu kelemahan kita,kerana ini bukan lah medan kita.Kegoan itu memang kekadang datang disanubari kita aku Setpol,akulah PA akulah Pegawai MB ,akulah pengarah ,akulah timbalan pengarah,cuba kita renung sejenak untuk apa itu semua?Malah ada yang merasakan diri ini lebih hebat dari petugas parti.Akula akulah....Aku orang kerajan ada status...jangan...jangan sesekali ada sikap itu...buanglah jauh-jauh kembalikan kepada asal kita .Yang dah telanjur kita taubatkan.Malah ada juga yang terus meninggalkan kerja-kerja parti,kerana sibuk kesana sini urusan kerajan.Aku nak uruskan program kerajan kerana aku orang kerajaan,Kerja parti birlah orang parti yang buat.Aku sibuk.Malah difahamkan juga ada yang langsung tidak lagi menghadiri mesyuarat Kawasan,jauh sekali DUN dan nun disana cawangan.Sudahlah ,Insaflah,taubatlah,Kekalahan Umno juga adalah dilihat kerana kerja-kerja parti diswata ke pada kerajan,maka kecintaan ahli kepada parti terus hilang,apakah kita juga mahu P{AS jadi sedemikian...Walauzubillah.Jangan sesekali menggunakan duit kerajaan untuk tujuan parti...jangan.....kita dulu sering disajar tentang pelita Syidinna Omar Abdul AZIz.Parti carilah duit cara parti,kita mengalahkan BN dulu pun adalah duit derma ahli duit derma penoreh,duit derma nelayan,duit derma petani,bukankah itulah jalan yang baik ...duit itu penuh dengan keberkatan kerana disumbangkan oleh mereka mereka dengan penuh keikhlasan.Kita renung kembali pada mereka mereka ini....mereka tidak mengharapkan balasan....kita lupakan mereka dengan membiarkan tanpoa pengisian program parti...kita sudah dibili aircond,kita sudah bertali leher,kita sudah....{X}Kemabalilah menjeguk cawangan....kembalilah bersama cawangan untukan masa dgn bijak dan baik serta tersusun. JANGAN ada dikalangan kita lansung tidak bersama cawangan,kerana itulah nadi kita.

"ULAR MENYUSUL AKAR TAK KAN HILANG BISANYA"
sEKIAN SEMOGA KITA SEMUA DIBERI KEKUATAN OLEH ALLAH DIDALAM MENERUSKAN KERJA- KERJA AMANAH INI.
"SERINGGIT DERMA NELAYAN TIDAK SAMA DENGAN SERINGGIT DERMA HARTAWAN"

Aku Insan Kerdil
Kuala Terengganu


  Kembali ke Laman Utama