WEB BPPNT


Sumber : Harakah Daily

Malaysia diminta beri pendirian rasmi keganasan Israel

KUALA LUMPUR, 6 OKT (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak kerajaan Malaysia supaya memberikan pendirian rasmi kerajaan dalam isu keganasan Israel di Palestin.

Ketuanya, Haji Mahfuz Omar berkata, Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohammad yang sebelum ini begitu lantang mengkritik barat atas isu hak asasi manusia dan globalisasi tidak sewajarnya berdiam diri apabila umat Islam dimangsakan dalam siri keganasan yang ditaja oleh Yahudi ini.

"Adakah Perdana Menteri sudah merasa serik selepas memohon maaf kepada Majlis Yahudi Sedunia kerana mengutuk penyangak mata wang Yahudi, George Soros pada 1997," soal beliau.

Selain itu, DPP Pusat melihat kenyataan Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) yang bersidang minggu lalu yang hanya mengutuk tindakan kejam Israel ini tidak memadai dalam kedudukan OIC sebagai pertubuhan negara umat Islam antarabangsa.

Katanya, OIC patut mengambil langkah yang lebih tegas seperti ketenteraan untuk menghalang keganasan ini diteruskan. Kini umat Islam tidak boleh lagi bergantung harap kepada Majlis Keselamatan PBB yang diketahui umum adalah agen Yahudi dalam menaja keganasan antarabangsa.

Majlis Keselamatan sebelum ini telah membiarkan umat Islam dihancurkan di Libya, Iraq, Sudan, Kashmir, Bosnia, Kosova, Chechya dan sebagainya tanpa tindakan ketenteraan yang tegas. Negara-negara kuasa besar dunia menjadi proksi kepada Yahudi seperti AS tidak akan berani untuk bertindak ke atas Yahudi yang melakukan keganasan.

"Sebelum ini mereka lantang memfitnah kononnya umat Islam menjadi pengganas di seluruh dunia kini berdiam diri apabila tuan mereka sendiri yang melakukan keganasan. Kerana itu, DPP Pusat mencabar Majlis Keselamatan supaya mengambil tindakan yang keras ke atas Israel jika majlis tersebut benar-benar bebas dari kongkongan Yahudi," jelasnya.

Ujar Mahfuz, serangan tidak bertamadun ini adalah rangkaian keganasan antarabangsa yang ditaja oleh Yahudi dalam usaha untuk membendung kebangkitan umat Islam.

"Serangan yang dilancarkan ke atas umat Islam pada bulan Rejab ini merupakan siri-siri serangan kejam para pengganas Israel yang sebelum ini pernah membuat serangan serupa semenjak 1948 lagi. Budaya ganas yang menjadi protokal Yahudi telah menyebabkan umat Islam Palestin dibunuh di Deir Yassin pada 1947, Qibya (1953), KhanYunis (1955), Bani Suhaila (1955), Tel al-Zaatar (1976), Sabra dan Shatila (1982) dan al-Khalil (1994). Dan hari ini mereka mengulangi keganasan tersebut ketika dunia sedang mengusahakan perjanjian damai Israel-Palestine membuktikan bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa pengganas dan tidak boleh dibawa berunding," ujarnya.

Justeru, Pemuda PAS menyeru negara-negara umat Islam bangkit dan membuat tindakan yang drastik yang bermakna untuk umat Islam di Palestin.

Katanya, negara umat Islam tidak boleh lagi berdiam diri terhadap keganasan yang berlaku hari ini. Umat Islam mesti membuat pendirian rasmi secara kolektif dan mengenakan sekatan ekonomi dan politik ke atas Israel dan agen-agen mereka.

Di seluruh dunia umat Islam mewakili satu perlima daripada lebih lima bilion manusia adalah merupakan sumber manusia dan pasaran utama kepada hasil-hasil ekonomi Yahudi dan agen mereka. Kerana itu umat Islam mesti mengenakan sekatan ini mengajar Israel supaya menghormati nilai-nilai kemanusiaan.

Negara umat Islam juga mestilah mengadakan kerjasama ketenteraan sepertimana Majlis Keselamatan PBB dan juga Nato. Sekiranya negara umat Islam seperti Malaysia boleh menghantar pasukan pengaman ke Congo, Iraq, Bosnia, Somalia dan sebagainya. Kini giliran umat Islam pula membentuk sendiri pasukan keselamatannya sendiri untuk dihantar ke Palestin demi menyelamatkan umat Islam di sana. Sikap bergantung harap kepada orang-orang kafir dan negara kuasa besar tidak akan membawa umat Islam ke mana-mana melainkan akan terus ditindas oleh mereka.

DPP Pusat mendesak Wisma Putra supaya memanggil segera persidangan Menteri Luar OIC membincangkan langkah ketenteraan ini dan membentuk Majlis Keselamatan OIC untuk memimpinnya. Para pemimpin OIC mestilah sedar bahawa hanya dengan langkah ketenteraan sahajalah jalan penyelesaian untuk menyelamatkan umat Islam dan Negara Palestin dari keganasan Yahudi dan Israel. Wisma Putra mestilah menghantar bantuan ketenteraan ini atas semangat persaudaraan Islam dan juga kemanusiaan kerana sebelum ini pun kita pernah menyertai misi yang sama atas tajaan PBB.

DPP Pusat bersedia untuk memberikan apa jua bantuan untuk mencapai maksud di atas. DPP Pusat bersedia untuk mengadakan kutipan dana daripada umat Islam di negara ini bagi menampung kos untuk ke Palestin. DPP Pusat juga sanggup untuk menghantar pasukan petugas untuk membantu misi ketenteraan umat Islam di sana.

DPP Pusat juga mengajak umat Islam di negara ini supaya bersedia untuk memberikan apa jua bantuan kepada umat Islam di Palestin yang sedang dibunuh sekarang ini. Umat Islam mestilah mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku apabila umat Islam tidak mempunyai kekuatan politik dan ekonomi.

Para pemerintah yang tidak melaksanakan dasar-dasar Islam seperti yang dituntut oleh syariat akan menyebabkan umat Islam menjadi lemah dan mudah ditindas oleh musuh-musuh Islam. Kerana itu, umat Islam di negara ini mestilah kembali kepada Islam dan memilih pemimpin yang cintakan Islam untuk memerintah negara ini.


  Kembali ke Laman Utama