WEB BPPNT


Sumber : Warta 9

Isu Royalti Uji Loyalti Jentera Kerajaan

Sewaktu mengulungkan perbahasandi Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 11 mei lalu, Exco kananKerajaan Negeri, Haji Mustafa Ali ada menyentuh soal proses penyusunan semula para pegawai tinggi kerajaan di seluruh negeri yang sedang berjalan ketika itu . Beliau menyifatkan proses tersebut satu amalan biasa bagi mana-mana kerajaan yang baru tertegak. Ia tidak ubah seperti teething problem, atau masalah penumbuhan gigi pada seorang kanak-kanak. Ia mungkin menyakitkan, menimbulkan suasana tidak selesa dan menyebabkan kanak-kanak sering merenget. Bahkan ia boleh melarat sampai menyebabkan kanak-kanak itu deman

Tetapi hasil yang diperolehi setelah proses penumbuhan itu selesai diketahui umum bakal memberi kekuatan semula jadi yang diperlukan oleh semua manusia. Proses yang menyakitkan itu akhirnya bertukar menjadi kekuatan yang bakal mengigit, memanah dan mengunyah segala makanan, sama ada yang lembut atau yang keras.

Para pemimpin politik sememangnya perlu ' mencampuri' urisan pentadbiran untuk memastikan apa yang berlaku atau dilaksanakan sesuai dengan kehendak dan dasar parti pemerintah yang mereka wakili .Ini tidak sahaja kerana tanggungjawab mereka sebagai orang yang ikut serta menentukan polisi pemerintahan dan memutuskan sesuatu projek pembangunan, tetapi juga sebagai pemimpin mereka bertanggungjawab kepada pengundi dan rakyat yang telah sepakat memilih mereka menerajui Kerajaan. Tentu sekali rakyat dan pengundi itu mahu meliohat para pemimpin itu mengotakan janji -janji mereka lewat menifesto pilihanraya parti mereka, terutama hasrat ' Mendaulatkan sebuah pemerintah berasaskan Al- Quran dan As- Sunnah.'

Di samping para pemimpin politik, pegawai kerajaan adalah kumpulan manusia yang dipilih, dilatih, diberi tanggungjawab, dibayar gaji dan diberikan pelbagaimacam kemudahan untuk memberikan pelbagai macam perkhidmatan. Pegawai-pegawai tinggi , selain ikut rancangan , juga adalah menjadi jentera pelaksana bersama ribuan kakitangan kerajaan yang lain. Dan sesuai dengan konsep ' Syura rakyat' yang baru diperkenalkan , para pegawai juga adalah pemikir dan pemimpin, bukan sekadar pekerja dan pelaksana. Justeru, bersama pemimpin politik, merekalah yang akan menentukan apakah masa depan rakyat dan negeri ini bakal menuju matlamat yang dicanangkan atau tidak.

Bebas berfikir

Sebab itu, loyalty ( ketaat-setiaan ) dan kebersamaan para pegawai dan kakitangan kerajaan dengan pemimpin politik yang menerajui kerajaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Tidak sepatutnya berlaku pemimpin politik menuju kekanan, jentera kerajaannya memusing kekiri. Seseorang pegawai kerajaan itu bebas berfikir dan menganut apa jua fahaman politik. Tetapi, dalam perkhidmatannya dia tidak bebas dan mesti mematuhi dasar kerajaan yang berkuasa. Bukankah hal itu terkandung dalam etika perkhidmatan awam ?

Sepertimana yang dimaklumi umum, Kerajaan Negeri kini sedang menghadapi suatu ' rampasan kuasa' atau ' Penjajahan bentuk baru.' Kerajaan pusat sewenang-wenangnya telah menafikan hak kerajaan Negeri menerima royalty petroleum. Sebaliknya pembayaran royalti itu telah dialihbahasakan sebagai wang ihsan. Dan, apabila disebut ' Kerajaan negeri,' ia tentu sekali tidak bermaksud para pemimpin politiknya sahaja. Ia juga melibatkan jentera kerajaan, iaitu para pegawai dan juga kakitanganya .

Dalam keadaan yang ada kini,tidak sepatutnya turut kedengaran kelompak tertentu dari jentera kerajaan sendiri yang menyambut baik pencabulan tersebut. Suara-suara sebegitu sebenarnya menzahirkan bahawa mereka itu adalah golongan yang merelakan diri mereka di peralatkan oleh pihak penentang kerajaan, sedangkan mereka masih lagi masih dalam perkhidmatan dengan kerajaan Negeri.

Belum pun sampai sebulan isu royalti ini meletus, sudah kedengaran berbagai-bagai cerita yang sekaligus mengambarkan tahap loyalty para pegawai dan kakitangan kerajaan kepada kerajaan yang ada. Rasanya elok juga disebutkan disini sebagai bahan renungan untuk semua.

Seorang pegawai di salah sebuah jabatan Kerajaan Negeri diceritakan merungut-rungut kepada rakan sepejabatnya dengan katanya: " Bulan dua belas nanti tak ada gajilah kita!" Beliau bermaksud menyatakan bahawa Kerajaan Negeri bakal kehabisan wang perbendeharaan ekoran penarikan balik royalty itu.

Satu sumber yang rapat dengan sebuah institusi pendidikan tinggi dibawah Kerajaan Negeri pula memberitahu kita bahawa seseorang utama di institusi berkenaan ada berucap di satu majlis beberapa minggu lalu dengan ucapan yang 'sangat tidak bertanggungjawab'. Beliau diberitakan mendakwa kononnya peruntukan wang yang ada pada institusi itu hanya dapat bertahan sekadar empat bulan lagi. " Kami memang sangat-sangat mengharapkan bantuan ihsan!" katanya lagi.

Manakala cerita sebilangan iman dan bilal ( mereka juga sebahagian jentera Kerajaan Negeri! ) yang menolak pelawaan mengangotai Jawatankuasa Syura Rakyat ( JSR ) di tempat masing-masing begitu banyak kedengaran mutakhir ini. Mereka ini ada yang pada awalnya telah menyatakan persetujuan menganggotai JSR , tetapi mengubah fikiran sejurus selepas isu royalty tercetus. Lebih mendukacitakan lagi, terdapat juga sebilangan mereka yang kini terlibat secara langsung menghidupkan kembali Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung ( JKKK) yang telahpun diistiharkan ' intitusi haram' oleh kerajaan negeri .

Mempersoalkan

Apa yang di utarakan diatas sebenarnya hanyalah beberapa 'kes terpencil'dan bukan mewakili sikap jentera kerajaan keseluruhannya. Pun begitu,ia adalah contoh jelas betapa isu royalty petroleum ini sebenarnya telah menguji tahap loyalty mereka. Masih ada jentera kerajaan yang sanggup meletak kepentingan diri sendiri mengatasi kepentingan negeri atau kepentingan umum.

Tidaklah menjadi hasrat tulisan ini untuk memperkecilkan pengorbanan dan komitmen para pegawai dan kakitangan kerajaan dalam membangunkan negeri ini. Jauh sekali untuk mempersoalkan loyalty mereka terhadap kerajaan yang ada. Cuma sebagai ingatan bersama, bahawa soal memperkemaskan jentera kerajaan dalam menghadapi pancaroba pemerintahan merupakan satu faktor yang kritikal buat masa ini. Kerana, cabaran dan harapan yang ada di hadapan kita adalah dunia.


  Kembali ke Laman Utama