WEB BPPNT


Sumber : Warta 9

Terengganu mangsa dikriminasi - Subky

Kerajaan Terengganu setakat ini berazam untuk membina sendiri projek Lebuhraya Pantai Timur( LPT ) dari Chendering di Kuala Terengganu hingga ke sempadan Pahang menyambungkan lebuhraya itu dengan projek LPT di negeri itu hingga ke Kuala Lumpur.

Hasrat Kerajaan Terengganu itu ditegaskan ketika Kementerian Kerjaraya menunjukan kesediannya untuk menunaikan janjinya untuk membinanya serentak dengan pembinaan fasanya di Pahang.

Sikap Terengganu itu dibuat setelah Menteri Kerjaraya Dato' Seri Samy Vellu membayangkan untuk menyelesaikan LPT di Pahang dulu dan belum menyatakan secara tegas ia berminat untuk melaksanakan tanggunjawabnya di Terengganu .

Kementerian pada mulanya teragak-agak untuk menangani fasa di Terengganu itu memandangkan dasar Kerajaan Negeri Terengganu terhadap isu tol. Lebuhraya seperti itu hanya menarik kementerian jika ia memeungkinkan pungutan tol.

Kerajaan Negari menyesuaikan dasarnya dengan dasar lebuhraya kementerian untuk memberi laluan kepada pemungutan tol tetapi tertakluk kepada rundingan dan persetujuan kedua belah pihak.

Telah dipersetujui dalam satu perjanjian kedua pihak bahawa dibolehkan pungutan tol tetapi tidak semahal yang wujud sekarang dan ia hendaklah dimulakan serentak dengan pembinaan projek di Pahang.

Membina

Tiba-tiba kementerian tidak menunjukkan kesungguhan, maka jalan yang terbuka ialah Kerajaan Terengganu tiada pilihan melainkan membina sendiri secepat mungkin. Kementerian terus selesa dengan hasrat Terengganu yang bersungguh-sungguh itu.

Setelah Terengganu memulakan rundingan untuk berdikari membangunkan negerinya, maka tiba-tiba kabinet bersedia pula untuk menunaikan janjinya, tetapi Kerajaan Negeri sudah hampir pasti untuk membina sendiri.

Kehebatan Terengganu dililhat ia menerima tanggungjawab berdikari itu pada ketika haknya atas royalty petrol dirampas oleh Kerajaan Pusat.

Perkembangan tentang siapa membina LRT di Terengganu tidak boleh dilihat sebagai persengketaan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. Ia adalh natijah dari perbezaan pandangan.

Kerajaan Negeri mahu projek itu berjalan segera kerana lebuhraya itu dikira penting sekarang bagi mengurangkan kecelakaan jalanraya yang mengorbankan jiwa hampir setiap hari. Ia bertambah perlu kerana dapat menjimatkan masa dan perjalanan ke Kuala Lumpur.

Pada ketika penerbangan antara Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu sentiasa penuh dan sesak, maka jalan darat yang pendek dan segera menjadi alternatif.

Penjajah

Kementerian tidak menunjukkan keghairahan untuk menyegerakannya, dan bagaimanakalau setelah menyerahkannya kepada kementerian, nescaya ia dilambat dan ditangguhkan lagi?

Sebagaiman penjajah British membiarkan negeri-negeri di Pantai Timur mundur, maka demikian juga Malaysia yang merdeka agak liat untuk memberi perhatian kepasa wilayah sebelah situ.

Kebetulan majority rakyatdi sebelah situ memberi mandat kepada PAS untuk berkuasa di Kelantan dan Terengganu , maka ia menjadi kesempatan yang baik untuk meneruskan dikriminasi itu.

Jika Kelantan sejak sebelas tahun lalu tidak dilayan seperti negeri-negeri lain, sesuatu yang bercangah dengan PrinsipPelembagaan Malaysia yang mahu semua negeri dilayan seadil mungkin dan saksama , maka bagaimana kalau diskriminasi itu dijadikan senjata untuk melengah-lengah juga projek itu .

Setakat ini ia sudah liat dengan tanggungjawab di kedua negeri itu, melambatkan penyerahan kapitesyen gran- pemberian wajibmengikut kepala- melambatkan bayaran -bayaran lain, menangguhkan atau membatalkan pembesaran lapangan terbang, maka bagaimana kalau pembinaan LPT itu dilambat-lambatkan ?

Menikmati

Kerajaan Terengganu tidak mahu melibat jalan itu dilambat-lambatkan, maka ia mahu melihat rakyat negeri menikmati pembangunan itu sebelum pilihan raya akan datang atau sekurang-kurangnya serentak dengan nikmati yang dijanjikan kepada rakyat Pahang.

Ia satu beban besar kepada Kerajaan Negeri Terengganu, tetapi ia tidak ada pilihan, Kerana lebuhraya itu adalah penting untuk penduduk pantai timur termasuk rakyat Pahang dan Kelantan yang juga perlu jalan selesa di negeri Terengganu.

Semua pihak mesti melihat ia satu persaingan sihat dan bukan satu perpecahan yang menjadi tema utama yang menjadi ' sandiwara' alaf baru. Persaingan sihat ini dipercayai oleh masyarakat demokrasi dan teori ekonomi sebagai suatu yang baik.

Persaingan lazimnya memungkin pengguna mendapat perkhidmatan yang baik dan termurah. Persaingan adalah penjodoh bilangan kepada monopoli, sesuatu yang dibenci oleh demokrasi dan ekonomi yang sihat.

Monopoli dalam pembinaan lebuhraya di negeri ini memberikan pengalaman mahal kepada rakyat. Tol dirasakan tinggi dan naik dari semasa-ke semasa. Rakyat tiada pilihan melainkan terpaksa patuh kepada tekanan itu.

Rakyat mengharap dengan pembinaan LPT di Terengganu itu dapat memberikan sebuah lebuhraya yang lebih murah walaupun belanjanya tetap besar. Ia akan memberi harapan untuk mendapat tol yang murah. Jika tol dikenakan, maka tol tadi murah dari tol yang sedia adadan tol-tol di negeri lain.

Mungkin tol diadakan juga, tetapi tol itu tol yang murah. Dan tol murah itu diharapkan bukanlah tol yang kekal. Ia wajar berakhir apabila tiba indahnya.

Adalah dipercayai bila Terengganu mengambil alih tanggungjawab kementerian itu ia adalah satu beban. Terengganu melakukan danaitu untuk lain-lain projek yang menjadi bidang tanggungjawabnya. Tetapi langkah yang diambil itu adalah satu pengorbanan yang besar.

Beban

Ia satu sumbangan besar kepada kerajaan pusat. Beban Kerajaan Pusat boleh di ringankan. Justeru itu Kerajaan Pusat tentu boleh menggunakan penjimatan untuk membantu Kerajaan Terengganu dalam pekara-pekara lain.

Kerajaan Pusat tidak boleh melihat sikap Terengganu itu memecahkan monopoli dan peluang mengangkut untung untuk orang- orangnya , yang aula dalam pekara ini ialah ia memberikan peluang kepada pihak lain untuk sama-sama membangun negara.

Jika Kerajaan Terengganu boleh berbelanja murah dan boleh mengadakan tol yang murah, maka ia satu peluang belajar bagaimana lain-lain pihak boleh mengurangkan perbelanjaan.


  Kembali ke Laman Utama