WEB BPPNT


Sumber : Warta 9

Rakyat diminta baik sangka dengan PETRONAS

Kuala Terengganu : Kerajaan mengambil langkah, meneruskan kerjasama dengan PETRONAS kerana syarikat itu masih berpegang pada perjanjian yang dimentrai pada 22 Mac 1975.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum dan Sumber Manusia Negeri, Haji Mustafa Ali berkata, PETRONAS masih kukuh berpegang kepada perjanjian itu walaupun Kerajaan Pusat mengarahkan wang royalty petroleum tidak diberi kepada Kerajaan Negeri.

"PETRONAS tidak mengeluarkan sebarang surat yang menunjukan perjanjian itu dibaralkan," katanya ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh peserta Dialog Perdana di Dewan Konvensyen Wisma Darul Iman baru-baru ini.

Beliau mengharapkan rakyat berbaik sangka kepada PETRONAS kerana syarikat itu tidak ada masalah untuk berkerjasama dengan Kerajaan Negeri.

Dalam perjumpaan beliau dengan pihak PETRONAS baru-baru ini, jelas bahawa syarikat masih teguh dengan perjanjian dan tidak mahu membatalkan perjanjian berkenaan.Bagaimana katanya, Kerajaan pusat sudah memburukan imej PETRONAS di mata dunia dengan pencabulan perjanjian berkenaan kerana syarikat itu mempunyai hubungan perniagaan dengan syarikat multinasional lain di seluruh dunia.

Difahamkan banyak syarikat multi- nasional lain akan berhati-hati untuk berurusan dengan PETRONAS akibat dari percabulan itu.

Mereka dikatakan teragak-agak untuk melabur di Malaysia kerana tindakan Kerajaan Pusat mencabuli perjanjian berkenaan yang dimenteraikan pada tahun itu antara syarikat gergasi milik Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Terengganu.


  Kembali ke Laman Utama