WEB BPPNT


Sumber : Mahafiraun 2020

Isu Royalti Minyak - Matlamatnya Berjaya

Kenapa MAHAFIRAUN timbulkan isu royalti minyak? Dan kenapa timbulkan isu itu pada masa tersebut (baru-baru ini)? Kenapa bayaran pertama telah dilaksanakan?

Dan banyak lagi persoalan yang menhantui fikiran IB dan beberapa rakan yang sempat IB bincang bersama. Apakah sebenarnya tujuan para strategis MAHAFIRAUN menimbulkan isu royalti minyak untuk kerajaan negeri Trengganu pada ketika itu?

Kami berpendapat bahawa mereka mempunyai tujuan dan matlamat dalam setiap perancangan yang sedang mereka lakukan. Mereka melakukan pelbagai perancangan dalam usaha membendung kebangkitan dan kemarahan rakyat terhadap MAHAFIRAUN dan UMNO.

Isu royalti minyak mula ditimbulkan beberapa bulan lalu sebagai pre-empt untuk menghangatkan kemarahan rakyat sebelum ianya benar-benar digunakan baru-baru ini. Bila MAHAFIRAUN menggunakan terminologi bayaran ehsan – rakyat lagi marah. Para pimpinan PAS terutama pimpinan pemuda PAS dan lain-lain penggerak BA sibuk bermesyuarat dan mengeluarkan kenyataan yang pelbagai.

Dalam kehangatan rakyat menghentam MAHAFIRAUN dan membincang aspek-aspek undang-undang berhubung perjanjian yang ditanda-tangan oleh Petronas dan Kerajaan Negeri Terengganu, rakyat terpaksa berbelah bagi dalam membuat reaksi mereka dalam suatu lagi isu yang amat ditakuti oleh MAHAFIRAUN.

Apakah yang MAHAFIRAUN ingin sorokkan? Apa yang MAHAFIRAUN ingin rakyat lupa?

Bukankah keputusan perbicaraan liwat Anwar Ibrahim diputuskan (dibacakan) oleh Hakim Jaka kini terpaksa rakyat lupakan kerana isu terhangat kini yang terpaksa dihadapi ialah isu royalti? Maknanya kini isu royalty lebih hangat dan isu penghukuman Anwar Ibrahim kian dilupai.

Bukan tujuan saya untuk menyuruh sekelian pembaca tidak meletakkan keutamaan dalam isu royalti – tetapi sekadar mengingatkan semua bahawa MAHAFIRAUN sememangnya merancang untuk kita lupakan Anwar Ibrahim dan ditimbulkan pelbagai isu untuk sesuatu tujuan.

Ibrahim Baba
6 Oktober 2000


  Kembali ke Laman Utama