WEB BPPNT


Sumber : BPPNT

Bolehkah Kerajaan Pusat menafikan hak kerajaan Negeri Terengganu?

Siri 3

Soalan : Bolehkah Kerajaan Pusat menafikan hak kerajaan Negeri Terengganu?

Jawapan : Oleh kerana hak royalti itu hak Negeri Terengganu, kerajaan pusat tidak ada kuasa menafikan atau menghapuskan hak kerajaan negeri Terengganu melainkan kerajaan negeri Terengganu sendiri bersetuju. Tidak ada persetujuan yang demikian telah dibuat bahkan kerajaan negeri Terengganu pun tahu dan tidak dibertahu secara rasmikepada kerajaan Teengganu tidak mempunyai apa-apa hak. Apa yang diketahui ialah melalui salinan fotostap siaran akhbar Kementerian Kewangan sahaja bertarikh 5 September. Itulah pada awalnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu teragak-agak menerima siaran akhbar itu sebagai kenyataan yang benar dibuat oleh kerajaan pusat.

Sekarang sudah jelas dan nyata bahawa Kerajaan Terengganu telah dinafikan haknya kerana royalti bagi pengeluaran dalam tempoh bulan januari hingga 1 julai tahun 2000 ini yang sepatutnya dibayar pada 1 september 2000 belum lagi dibayar. Mungkin wang royalti itu sudah dibayar kepada kerajaan pusat. Cara kerajaan pusat menghapuskan hak kerajaan Terengganu ialah dengan cara mengubah nama bayaran wang tunai dibawah perjanjian diantara kerajaan negeri Terengganu dengan Petronas sebagaiman yang dikehendaki oleh seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleum 1974 daripada perkataan royalti kepada wang ihsan.

Royalti adalah satu bayaran yang wajib oleh penerima hak kepunyaan kepada pemunya hak, tetapi bayaran ihsan ialah satu bayaran atas belas yang dibuat sebagai sukarela pemberi sahaja, sudah tentu bayaran ini tidak mesti dibuat. Dan jika dibuatpun bila dan berapa banyak, tinggal kepada budi bicara pembayar itu sendiri. Dengan menukarkan nama bayaran wang tunai itu kepada bayaran ihsan tidak akan mengubah kedudukan bayaran itu karana ia tetapwajib dibayar dan menjadi hak kerajaan terengganu. Jika benar bayaran wang tunai itu bayaran ihsan, kenapakah mesti ada penukaran nama itu? Ia adalah semata-mata untuk mengelirukan pemahaman rakyat mengenai royalti petroleum.

Selain daripada itu obligation petronas membayar wang tunai itu ialah seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleumdan perjanjian diantara petronas dengan kerajaan negeri Terengganu. Kerajaan pusat tidak ada kena mengena dengan perjanjian ini dan tidak boleh campurtangan sama sekali menghapuskan hak kerajaan Terengganu. Ini adalah bertentangan dengan pelembagaan Malaysia. Kita berharap kerajaan pusat yang seringf melaungkan sebagai kerajaan demokrasi dan berpegang kepada prinsip rule of law tidak sepatutnya bertindak liar sedemikian.

Perjanjian diantara kerajaan negeri dengan petronas; kenapakah perjanjian itu dilindungi oleh seksyen Terengganu, apakah terjadi kepada perjanjian itu ? Dan seksyen 4 akta tersebut tidak sepatutnya disebut oleh siaran akhbar Kementerian Kewangan Malaysia ?