WEB BPPNT


Sumber : BPPNT

Benarkah negeri Terengganu sekarang tidak lagi termiskin kerana program-program yang dibawa oleh kerajaan BN?

Siri 5

Soalan: Benarkah negeri Terengganu sekarang tidak lagi termiskin kerana program-program yang dibawa oleh kerajaan BN.

Jawapan: Negeri Terengganu masih lagi miskin meskipun siaran akhbar Kementerian Kewangan atau sebaliknya. Kita boleh lihat disana - sini dalam kampung di luar kampung, dalam bandar dan di luar bandar kemiskinan merata-rata. Orang-orang yang berhajatkepada bantuan am daripada jabatan kebajikan masyarakat ialah lebih kurang seramai ..... Ini bertambah seramai... semejak kerajaan baru mengambil alih kebanyakan pertambahan itu ialah kerana kerajaan itu dahulu sengaja meninggalkan mereka dan memberi bantuan kepada mereka yang tidak layak di atas alasan politik. Kerajaan baru menghulurkan bantuan am bukan berlandaskan politik bahkan kepada kemiskinan mereka yang menerima bantuan. Kerajaan negeri Terengganu dari semenjak tahun 1978 iaitu tahun mula-mula negeri ini menerima royalti petroleum sehingga bulan febuari tahun ini ialah berjumlah lebih kurang RM 7 billion. Tetapi kerajaan Terengganu masih lagi berhutang kepada kerjaan pusat lebih kurang RM 700 juta. Ke manakah lesapnya wang RM 7 billion itu. Orang yang dapat memberi penjelasan dan bertanggunjawab ialah mereka-mereka yang memegang kuasa kerajaan Terengganu sebelum kerajaan baru sekarang. Setakat yang kita dapat lihat dan hisbah dengan secara kasar wang itu dibelanjakan dengan seboros- borosnya. Seolah-olah sumber petroleum itu akan berkekalan. Wang itu selain daripada membayar perbelanjaan pengurusan masyarakat. Sebahagian besarnya dibelanja untuk mendiri bangunan - bangunan kerajaan, manakah perbelanjaan yang tinggi anak-anak syarikat. Boleh dikatakan kesemua anak- anak syarikat ini bermasalah dan tidak memberi apa-apa pulangan hasi kepada kerajaan negeri. Tiap-tiap kali saya ini mengakui kesusahan wang. Mereka minta bantuan daripada kerajaan negeri. Di antara bangunan kerajaan yang mewah ialah :

1. Muzium Negeri

2. Mahkamah Syariah Kuala Terengganu

3. Perpustakaan Negeri Terengganu

4. Pejabat Daerah Kuala Terengganu

5. Bangunan Darul Iman

Negeri Terengganu adamelabur dalam Perwaja. Sehingga akhir tahun 1998 Perwaja telah rugi kesemuanya jumlah lebih kurang 3.5 billion ringgit.Negeri Terengganu sebagai pemegang 19% saham dalam Syarikat telah menanggung kerugian sejumlah RM 671,545,880. Jumlah itu tidak boleh dikira kecil.

Negeri Terengganu juga dalam satu Syarikat Gunawan Iron Steel melalui anak syarikat yang bernama Permodalan Terengganu Berhad (PTB) . Penceburan PTB dalam syarikat GunawanIron Steel itu iaitu RM 3.6 juta.Dalam pelaburan itu sudah menangung kerugian lebih kurang RM 100 Juta. Selain daripada itu kerajaan terengganu dahulu melalui agennya bernama Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu memberi jaminan kepada bank sejumlah RM 350. Sekarang syrikat Gunawan Iron Steel itu tidak beroperasi lagi. Bangunannya sudah buruk dan satu crane yang dibeli dengan harga lebih kurang RM 7 juta tersadai di pelabuhan Kemaman menjadi besi buruk dan menghalang aktiviti di pelabuhan .

Program yang semacaminikah yang menjadikan rakyat Terengganu terbela danmenjadikan negeri terengganu tidak miskin lagi ?

Lihatlah negeri ini sudah hilang wang modal RM 3.6 juta . Rugi pula RM 100 jutadan menangung bebanan kerugian kepada bank sebanyak RM 360 juta. Jika mengambil langkah untuk mendapatkan balik wang kerugian itu, siapakah yang akan membayarnya ?

Bekalan air ke Pulau Redang yang dikontrak membuat kerja bekalan air oleh kerajaan negeri Terengganu diberi kepada anak syarikatnya bernama Babena, sekalipun ada beberapa buah lagi yang layak. Pemberian kontrak kepada Babena tidak disokong oleh…. Akhirnya apa yang sudah diterima ialah harga kontrak asal sebanyak RM 24.26 juta sudah menjadi RM 46 juta, iaitu bertambah RM 20 juta. Tambahan ini ialah bayaran sagu hati ( gratia )kepada Babena dan tidak ada apa-apa sebab undang-undang. Sagu hati diterima oleh Babena ialah Sebanyak RM 15 juta. Sekapun pihak pembangkan pada masa itu membantah sekeras- kerasnya, kerajaan dahulu membuat keputusan membayar ssaguhati kepada babena RM 9 juta.

Yang amat sedihnya, bekalan air itu ialah untuk kegunaan sebuah hotel besar di pulau ini dan seramai lebih kurang 250 keluarga yang tinggal di pulau itu. Boleh dikatakan 70 % daripada air yang dibekalkan diguna oleh hotel tersebut, yang banyaknya diguna oleh orang- orang kampung.

Sebelum bekalan air itu dibuat oleh hotel ini bersetuju mencarumkan 30 % daripada harga membina bekalan tersebut, tetapi setakat ini satu sen pun tidak dibayar hingga disiapkan. Kerajaan baru sekarang ini mencari jalan supaya caruman yangdijanji itu dibayar.

Soalannya adakah cara membina bekalan air ke pulau Redang itu ialah satu program yang menghapuskan kemiskinan rakyat Terengganu.

Pembelian kapal terbang untuk syrikat Kerajaan Negeri Terengganu bernama Mediar adalah satu lagi cara wang royalty petroleum digunakan oleh kerajaan dahulu.

Pada tahun 1990 kerajaan Terengganu telah menubuhkan satu tabung bernama Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu. 15 % atau maksima RM 30 juta daripada royalty petroleum akan dibayar kepada tabung ini sebagai pemegang amanah.

Tetapi bagaiman pula tabung ini dibenarkan oleh undang-undang untuk diniagakan dan melabur dalam perniagaan yang penuh dengan risiko?

Ada lagi satu tawaran bernama Tabung Pendidikan Tinggi ditubuhkan pada tahun 1997. Tabung pendidikan ini akan menerima daripada Tabung Warisan sebanyak 10 % daripada wang petroleum yang diterima oleh warisan . Wang tabung pendidikan sudah berjumlah RM 10 juta.

Pegawai tinggi TDM pada masa merancang hendak menubuh satu anak syarikat bernama Mediair kononnya untuk mengangkut orang- orang sakit dari satu tempat kepada hospital-hospital di dalam Bandar. Yang demikian satu pesawat udara mesti dibeli satu kertas kerja yang cepat telah disiapkan menurut pospech keuntungan kepada Tabung Pendidikan iaitu Tabung Pendidikan membeli satu pesawat itu dari wang yang ada dan disewakan kepada Mediair. Mendiair akan membayar sewa kepada Tabung Pendidikan . Apabila pesawat itu dibeli, pesawat itu tidak boleh didaftar atas nama Tabung Pendidikan sebagai tuan empunya kerana tabung itu tidak ada lessen . Yang demikian pesawat itu didaftar di bawah nama Mediair sebagai tuan empunya.

Oleh kerana syarikat itu mengalami kerugian bukan sahaja sewa yang dijanjikan bahkan wang untuk membeli pesawat tersebut hilang lesap.

Harga yang dikeluarkan oleh Tabung Pendidikan untuk membeli pesawat itu ialah RM 6.9 juta. Jenis pesawat yang dibeli ialah pesawat second hand bernama Piker Chenyne Melalui maklumat yang diperolehi da;lm khidmat pesawat yang serupa dan sejenis dengannya Piker Cheyene ini, harga pesawat barunya ialah US 1.2 juta sahaja iaitu lebih kurang RM 4 juta sahaja. Manakala harga bagi second hand pesawat ini lebih kurang US 200,000 sahaja, iaitu lebih kurang RM 800,000. Apakah justifikasi membelanjakan RM 6.9 juta membeli pesawat buruk itu ? Tidakkah ini pembayaran boros yang tidak tahu sempadan ?

Dalam siaran akhbar Kementerian Kewangan kerajaan pusat berkata, " selama ini kerajaan pusat membantu perbelanjaan wang royalty oleh kerajaan BN Terengganu dan memastikan wang tersebut digunakan semata-mata untuk tujuan pembangunan. Kerajaan pusat meneliti laporan audit ke atas perbelanjaan itu ."

Dengan penjelasan yang diberi di atas, adakah kerajaan pusat berpuas hati dengan perbelanjaan tersebut ? Laporan audit penuh dengan teguran- teguran yang menunjukan perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan BN dahulu tidak sepatutnya.