Make your own free website on Tripod.com

WEB BPPNT


Sumber : Harakah Daily

Isu royalti : Kerajaan Pusat penakut?

Oleh Basiron Abdul Wahab.

KUALA LIPIS, 16 Okt (hrkh) - Kerajaan Pusat disifatkan sebagai 'penakut' apabila memutuskan untuk tidak memberi royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu yang sah di pilihan rakyat dalam pilihan raya.

"Mereka bimbang jika Terengganu kaya ia akan meningkatkan imej parti yang memerintah negeri itu di mata rakyat seterusnya peluang untuk Umno /BN berkuasa semula di negeri itu tertutup," kata pegawai penerangan PAS Besut, Abdul Halim Tausah ketika berucap dalam saatu majlis penerangan royalti dekat sini baru-baru ini.

Menurut Abdul Halim, pemimpin Umno/BN percaya dengan tidak memberi royalti kerajaan Terengganu akan miskin dan tidak mampu memenuhi janji kepada rakyat menyebabkan pengundi akan beralih semula menyokong parti itu dalam pilihan raya akan datang.

"Umno percaya dengan 'mendera' kerajaan Terengganu menyebabkan kerajaan itu tidak berupaya menunaikan janji dan rakyat, rakyat marah maka peluang Umno/BN untuk berkuasa semula adalah cerah," ujarnya.

Justeru, kerajaan Pusat dan Umno dengan rakus dan tidak menunggu lebih lama untuk mengkhianati perjanjian dengan menukar istilah royalti kepada ehsan malah ada pemimpin Umno/BN mendakwa tidak ada sebarang perjanjian dibuat antara kerajaan Terengganu dan Petronas.

Bagaimanapun, menurut Abdul Halim penukaran istilah itu dibuat secara sebelah pihak, dan beliau difahamkan sehingga sekarang kerajaan Terengganu belum menerima apa-apa surat secara rasmi dari kerajaan pusat mahu pun Petronas berhubung perkara itu.

Abdul Halim yang juga bekas ketua pemuda Umno bahagian Besut berkata, apa yang berlaku menjelaskan kepada rakyat tembelang sebenar Umno/BN yang tidak menghiraukan bangsa Melayu.

"Jika mereka ingin membantu Melayu, Terangganu dan Kelantan adalah negeri yang mempunyai penduduk Melayu teramai, mengapa pula didera," soalnya.

Beliau mendakwa, negeri Pulau Pinang yang majotiti penduduknya bukan Melayu tidak pula di dera seperti Kelantan dan Terengganu, ini membukti siapa Umno/BN sebenarnya.


  Kembali ke Laman Utama