WEB BPPNT


Sumber : Warta 9

PM ditanya arahkan PETRONAS cabul perjanjian

Kuala Terengganu : Perdana Menteri akan ditanya di Dewan Rakyat yang memulakan sidangnya pada 16 Oktober ini tentang pertanggunjawaban mengarahkan PETRONAS mencabuli perjanjiannya dengan Kerajaan Terengganu hingga baki royalty sepatutnya dijelaskan selewat-lewatnya pada 1 September tidak dilaksanakan.

Atas peruntukan kuasa apa yang membolehkan PETRONAS diarah tidak membuat bayaran itu?

Ini adalah soalan kepada Perdana Menteri yang akan dikemukakan oleh anggota Dewan Rakyat dari Kemaman, Haji Abdul Rahman Yusof.

Perdana Menteri akan menjawab soalan itu jika ia diterima oleh penapis soalan di Dewan Rakyat dan disenaraikan sebagai dari sepuluh soalan teratas dalam kertas soalan mulut di hari tertentu. Biasanya antara sepuluh dan 12 soalan sempat di jawab oleh menteri setiap hari.

Perdana Menteri juga di tanya oleh wakil yang sama apakah beliau bercadang untuk menubuhkan Badan Siasatan Bebas bagi menyiasat semula pengdakwaan, penghakiman dan penghukuman terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dikecam oleh seluruh dunia oleh badan penghakiman antarabangsa, kerajaan, NGO, ulama' dan rakyat jelata.

Imbuhan

Haji Abdul Rahman juga bertanya kepada Perdana Menteri mengenai tindakan susulam Badan Pencegah Rasuah terhadap kenyataan Pengerusi Balfour Beatty kononnya beliau sendiri menyerahkan cek pembayaran imbuhan kepada seorang menteri untuk mendapatkan kontrak Empangan Pergau seperti yang disiarkan oleh akhbar Observer pada 3 September lalu.

Lain-lain soalan Haji Abdul Rahman seperti berikut:-

  • Minta Menteri Pembanguan Usahawan menyatakan jumlah peruntukan yang disediakan dan jenis-jenis program yang akan dilaksanakan di Terengganu untuk meningkatkan bilangan usahawan bumiputera terutama dari segi pinjaman, pembinaan tapak kedai , bengkel dan industri desa;

  • Minta Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Multi media menyatakan faktor yang menyebabkan Malaysia bukan menjadi pilihan utama pelabur industri IT berbanding dengan Hong Kong, Singapura dan Taiwan sedangkan Malaysia lebih dahulu menawarkan ' Multimedia Super Corridor ( MSC ); apakah langkah mengatasinya?

  • Minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan faktor sebenar Malaysia tidak lagi menduduki tangga yang selesa sebagai negara yang menarik pelabur di rantau ini; apakah tindakan kerajaan untuk memulihkan iklim pelaburan yang tidak menarik ini?

  • Minta Menteri Kewangan menyatakan setengah lebih tiga tahun Dato Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai menteri Kewangan mengapa komposit indeks KLSE tidak banyak berubah. Tidakkah peningkatan mendadak ' hutang tak berbayar' dalam industri perbankkan akhir-akhir ini membuktikan kegagalan kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara?

  • Minta Menteri Perumahan dan kerajaan tempatan menyatakan mengapa waran yang diperuntukan untuk pembinaan rumah kos rendah di Negeri Terengganu dibatalkan? Mengapa rakyat miskin yang memerlukan perumahan kos rendah mesti dizalimi akibat perubahan kerajaan Terengganu?

  • Minta Menteri Pendidikan menyatakan langkah -langkah untuk menimbangi bilangan pelajar bumiputera dan bukan bumiputera di IPTS. Sila perincikan peratusan pelajar bumiputera dan bukan bumiputera mengikut jurusan pengajian yang menuntuk di IPTS sekarang.

  •   Kembali ke Laman Utama