WEB BPPNT


Sumber : Harakah Daily

TTC Pemangkin aktiviti keusahawanan

KUALA TERENGGANU, 1 Nov (Hrkh) - Pusat Dagangan Terengganu atau Terengganu Trade Centre ( TTC ) mampu memenuhi hasrat kerajaan kerajaan negeri untuk melihat munculnya satu prasarana pemangkin aktiviti keusahawan dan perdagangan di negeri ini.

Menurut Pengurus Besar Yayasan Pembangungan Usahawaan (YPU) Terengganu, Hj Wan Nawawi Wan Ismail, TT mempunyai dua geleri pameran utama yang dilengkapi sebagai ruang pameran bertaraf nasional.

Katanya, keluasan keseluruhan galeri itu ialah 4, 110.2 meter persegi yang terbahagi kepada galeri A seluas 1,921.8 meter persegi dan B pula 2,188.4 meter persegi.

"TTC yang dilengkapi dengan peralatan audio, surau dan bilik mesyuarat juga menyediakan ruang yang selesa untuk pelbagai program seperti konvensyen, mesyuarat agung dan majlis keramaian,"ujarnya kepada Harakah.

Beliau memberitahu, TTC yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Abdullah hadi Awang pada 12 November ini dibina dengan kombinasi ciri-ciri kecemerlangan keusahawan.

Ini tambahnya sebagai pengiktifatan terhadap peranan dan kepentingan sumbangan usahawan kepada pembangunan ekonomi negeri.

Katanya TTC akan diuruskan oleh YPU dengan pakej kemudahan yang akan memberi peluang kepada individu, syarikat IKS, agensi awam dan swasta untuk menyewa galeri TTC dengan menghubungi talian 09-6248932.


  Kembali ke Laman Utama