WEB BPPNT


Sumber : Mahazalim

Rakyat Terengganu benci Pusat

Hari itu aku balik ke kampung ku di Terengganu. Dalam perjalanan balik aku lihat rakyat menaikkan bendera PAS dan bendera KERAJAAN NEGERI di sepanjang jalan dari sempadan Kelantan di Besut hinggalah ke Dungun.

Pada mulanya aku ingat ada apa apa Perhimpunan agung ke …. Aku dapat rasakan ini sudah tentu orang Terengganu marahkan kes royalty minyak yang tidak dibayar oleh kerajaan pusat….. Maha**** jangan mimpi nak balik negeri Terengganu…. Boleh kata 97% rakyat negeri Terengganu tolak BN…

Aku lihat dalam akhbar Roket itu hari ada Tun Salleh Abas mengatakan jika tidak kerana Akta Petroleum 1974 sudah tentu Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia kerana marah kes minyak. Tun Salleh Abas lah yang draf perjanjian wang royalty bagi negeri Terengganu dengan Petronas. [ kerajaan Pusat tiada hak dalam urusan ini ]. Jika mereka kata 3 batu nautika bukan hak Terengganu , habis hak siapa ?? hak Pusat ke ?? Kawasan Pusat ialah Kuala Lumpur . Jika dia kata Hak Malaysia di bawah Kerajaan yang memerintah , habis tuu Malaysia terdiri dari 13 buah negeri dimana minyak berdekatan dengan perairan negeri Terengganu maka hak Terengganu lah. Hai tak habis habis nak menipu…. 10 tahun dulu mengapa tak timbul pasal royalty ??? nampak sangat nak balas dendam … betullah kata Hj Mahfuz inilah cara Maha**** nak hancurkan orang Melayu … kan 97% di Terengganu tu orang melayu…

Sekarang ni mereka nak tubuh pula JPP . Ini sebenarnya bercanggah dengan Perlembagaan. Rakyat Terengganu dah beri mandat kepada PAS untuk mentadbir negeri Terengganu… patuhlah pada perlembagaan .. ini tidak nak tubuh kerajaan dalam kerajaan… betullah kamu ini syaitan Maha****

Aku menyokong penuh jika JKKK masih nak jalankan peranan Tuan Guru Hj Hadi akan ambil tindakan mahkamah . … kerana mereka adalah pertubuhan haram … masa BN memerintah dulu tidak pernah pun JKKK didaftarkan … so bagaimana kerajaan yang baru nak sahkan ????

Buat masa ini kita baik sangka dengan Petronas sehingga dia bayar duit baki royalty kata YB Mustaffa Ali jika tidak negeri Terengganu akan naikkan sewa premis yang diduduki oleh Petronas di Kemaman. 


  Kembali ke Laman Utama