WEB BPPNT


Sumber : Harakah Daily

Usaha jahat Kerajaan Pusat

Kuala Nerus,17 Okt (hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petrolem dan Sumber Manusia Negeri, Hj Mustaffa Ali menyifatkan pemimpin Umno tidak menghormati perjanjian.

Katanya, Kerajaan pusat cuba mengarahkan Petronas supaya wang royalti Petroleum tidak dibayar kepada kerajaan negeri.

"Petronas masih berpegang pada perjanjian yang termetrai pada 22 Mac 1975 degan kerajaan negeri Terengganu," jelasnya di satu majlis di Kampung Tok Jiring,baru-baru ini.

Menurutnya, dari segi undang-undang sudah jelas tidak boleh dinafikan serta berpihak kepada kerajaan negeri.

Namun begitu katanya, usaha kerajaan pusat menafikan hak tersebut sama ada 'bodoh' undang-undang atau bersifat 'jahat'.

Menurutnya,isu royalti petroleum bukan masalah perundangan tetapi isu politik yang dimainkan oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Empat pemimpin utama kerajaan negeri termasuk Menteri Besar Terengganu, Tuan Guru Hj Hadi Awang menjelajah keseluruh daerah menjelaskan isu royalti Petroleum kepada rakyat negeri ini.

Selain itu, Hj Mustaffa berkata pemimpin Umno/BN turut membuat fitnah terhadap MB Terengganu", ujarnya dihadapan ribuan hadirin.

Katanya, wang royalti Petroleum itu merupakan duit kerajaan negeri dan bukan duit parti PAS.

Menurutnya, kerajaan negeri akan membelanjakan kesemua wang tersebut bagi kepentingan seluruh rakyat Terengganu.

Tambahnya, usaha jahat yang cuba dilakukan oleh kerajaan negeri pusat untuk menafikan hak royalti akan mengusahkan pentadbiran dan rakyat negeri ini.


  Kembali ke Laman Utama