Make your own free website on Tripod.com

WEB BPPNT


Sumber : Mahafirauan2020

Makan Malam Sempena Sambutan Satu Tahun PAS Perintah Terengganu

KENYATAAN AKHBAR

23hb. Okt.2000. PAS Kawasan Bandar Tun Razak akan menganjurkan Sambutan Satu Tahun PAS Memerintah Negeri Terengganu. Menurut Pengarah sambutan Saudara Shukor Aziz merangkap Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Bandar Tun Razak, sambutan tersebut akan berlangsung pada 15hb. November 2000, jam 8.00 hingga 11.30 malam bertempat Hotel Nikko , Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Yang Amat Berhormat Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang selaku Menteri Besar Terengganu yang menjadi tetamu khas dalam program tersebut.

Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat perubahan dan perkembangan serta cabaran yang di lalui sepanjang tempuh satu tahun PAS memerintah Terengganu. Beberapa program yang menarik akan diatur dalam sambutan tersebut di antaranya makan malam bersama pimpinan, persembahan nasyid, slot tayangan perubahan satu tahun dan dialog bersama YAB Tuan Guru. Dalam kesempatan tersebut PAS Kawasan Bandar Tun Razak juga akan melancarkan Laman Web Rasmi PAS Kawasan Bandar Tun Razak..

Urusetia menjangkakan sambutan ini akan mendapat sambutan yang meriah dalam tempat yang terhad. Kami megalu-alukan semua warga kota semua golongan dan peringkat. Sambutan tersebut terbuka kepada semua golongan yang berada disekitar lembah Kelang.

Kepada mereka yang ingin menyertai sambutan tersebut tempahan kupon makan malam RM100.00 sila hubungi pihak urusetia saudara Zulkifli Ahamd - Tel.No. 03-91002360 Fax. No. 03-91002362 & H/P No. 019-2226181 atau E-Mail fizul@tm.net.my dan saudara Shukor Aziz H/P No. 012-6598554 atau E-mail shukoraziz@hotmail.com.

PAS Bandar Tun Razak
23 Oktober 2000


  Kembali ke Laman Utama