WEB BPPNT


Sumber : Warta 10

Kerajaan dulu bayar dividen ASDi dari sumber lain

Kuala Terengganu : Kerajaan Negeri Terengganu tidak pernah membayar dividen dari hasil keuntungan pelaburan Amanah Saham Darul Iman (ASDI) sejak dari dulu lagi tetapi dibayar dari punca lain.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Perindustrian dan Sumber Manusia, Haji mustafa Ali berkata, jikapun ada dividen yang dibayar, bukan kerana ASDI untung tetapi wang yang didapati dari sumber lain.

Kerajaan sekarang bagaimanapun akan meneliti perkara tersebut dan merujuk kepada pihak yang melaksanakan ASDI. Selama inipun dividen dibayar bukan hasil keuntungan dari perniagaan ASDI. Dividen diberi sebenarnya adalah hasil dari tambahan kewangan akibat perniagaan tidak mendatangkan keuntungan.

Beliau membuat kenyataan tersebut ketika ditemui di luar Dewan Undangan Negeri selepas selesai Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini. Sebelum ini Kerajaan Terengganu yang lalu menjelaskan dividen yang diperolehi oleh pelabur ASDI adalah hasil keuntungan pelaburan ASDI dalam pelbagai syarikat di seluruh negara.

Apa yang dinyatakan itu suatu kenyataan untuk mengelabui mata rakyat agar mereka tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku kepada pelaburan ASDI.


  Kembali ke Laman Utama