WEB BPPNT


Sumber : Warta 10

LPT dirancang hingga ke Kelantan

HULU TERENGGANU : Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang dirancnag oleh Kerajaan Terengganu bukan lagi sekadar dibina dari sempadan negeri Pahang ke Chendering tetapi dari Jabor di sempadan Pahang hingga ke Pasir Putih, Kelantan.

Demikian diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu kepada rakyat di sini sempena jelajah daerah menjelaskan isu royalti petroleum dan mengulangi kenyataan yang sama dalam ceramahnya 24 jam kemudian di Kemaman pula.

"Biar saya tegaskan di sini bahawa Kerajaan Terengganu bercadang membina lebuhraya kita sendiri sekiranya persefahaman yang dicapai sebelum ini tidak mendatangkan hasil," katanya ketika berucap kepada rakyat di Kuala Berang.

"Pada dasarnya saya telah bersetuju setelah mengadakan pertemuan dengan Menteri Kerjaraya, Pos dan Telekom, Dato' Seri Samy Vellu di pejabat beliau di Kementerian Kerjaraya, Kuala Lumpur pada bulan Ogos yang lalu dalam usaha menjalin kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat terdahulu dari itu," kata Menteri Besar.

Kenyataan Menteri Besar bahawa sekiranya Kerajaan Pusat gagal menunaikan tanggungjawab, Kerajaan Negeri akan meneruskan juga hasrat untuk membina lebuhraya yang bermula dari Jabor, Terengganu hingga ke Pasir Putih, Kelantan.

Kenyataan Menteri Besar disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar, Haji Wan Abd Muttalib Embong sewaktu merasmikan Taklimat Saliran Mesra Alam di Awana Kijal, Kemaman baru-baru ini.

Sungguhpun bentuk geografinya curam dan berliku-liku, Kerajaan Negeri Terengganu akan cuba menghadkan kos pembinaan ke tahap minima. Kita sekarang dalam proses perancangan dan akan merancnag dengan penuh teliti untuk mengelakkan dari kerugian dan lebihan kos," ujarnya.

Dalam satu kenyataan lain, Menteri Besar Terengganu juga menjelaskan bahawa sehingga kini Kerajaan Terengganu belum lagi menerima Geran Tahunan dari Kerajaan Pusat.


  Kembali ke Laman Utama