WEB BPPNT


Sumber : Harakah Daily

PAS tidak ketepikan peranan wanita - YB Haji Awang Dagang

Marang, 10 Okt (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Hubungan Kaum,Ustaz Awang Dagang Jusoh berkata peranan kaum wanita amat penting dalam masyarakat.

Katanya, menyedari kepentinagn tersebut kerajaan negeri telah mewujudkan suatu jawatnkuasa hal Ehal Wanita dan hubungan kaum.

"Kita (PAS) tidak mengenepikan peranan kaum wanita dalam masyarakat," ujarnya ketika merasmikan Seminar Wanita dan Perundangan, Peringkat Daerah Marang dan Hulu Terengganu, di Dewan Sivik Bukit Payung, Isnin lalu.

Menurut, Islam membela kaum wanita tanpa membezakan antara Islam dan bukan Islam.

Katanya, tujuan seminar tersebut diadakan bagi mendedahkan kepada kaum wanita tentang peranan serta hak mereka.

Menurutnya, hak kaum wanita memang termaktub dalam Perlembangaan bagi menjamin keadilan serta keselamatan.

"Kaum wanita mempunyai hak dan undang-undang yang menjamin keadilan serta keselamatan mereka." Ujarnya di hadapan 300 peserta seminar tersebut.

Seminar tersebut anjuran Mawaddah (Jawatankuasa Induk Wanita Negeri Terengganu)merupakan pusingan terakhir yang bermula di Dungun, Kemaman, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut.

Tinjauan Harakah mendapati, dikalangan bukan Islam turut serta mengambil bahagian dalam seminar tersebut.


  Kembali ke Laman Utama