WEB BPPNT


Sumber : Warta 9

Kajian tindakan mahkamah ahli JKKK

Kuala Terengganu : Kerajaan sedang mengkaji untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap sesiapa yang menjadi Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Terengganu kerana memegang jawatan tersebut secara peribadi bercanggah dengan undang-undang.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri, Haji Wan Abd Muttalib Embong berkata, dari segi undang-undang dan pentadbirannya JKKK sudah dimansuhkan apabila Kerajaan Negeri menubuhkan Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) sebagai menggantikannya.

"Dari segi pentadbiran dan undang-undangnya, ia adalah pertubuhan haram dan tidak boleh mana-mana orang menganggotai pertubuhan itu di Terengganu," katanya ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh peserta dialog isu petroleum di Dewan Syarahan Wisma Darul Iman, di sini baru-baru ini.


  Kembali ke Laman Utama