WEB BPPNT


Sumber : Warta 9

Dr Badrul Amin ceramah Isra' Mikraj anjuran PUSPANITA

Kuala Terengganu : Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Negeri Terengganu akan mengadakan program ceramah agama bersempena Isra' dan Mikraj pada 12 Oktober ini, jam 9.30 pagi di Dewan Besar Wisma Darul Iman.

Program yang bertujuan untuk memberi kesedaran agama kepada seluruh muslimat di negeri ini merupakan program tahunan PUSPANITA Terengganu setiap kali menyambut hari kebesaran Islam.

Program tersebut terbuka kepada semua ahli-ahli PUSPANITA dan bukan ahli dan ia akan diserikan dengan kehadiran penceramah bebas, Dr Badrul Amin Baharum selaku penceramah jemputan.


  Kembali ke Laman Utama