WEB BPPNT


Sumber : Warta 9

Kertas konsep dasar belia negeri sedang disiapkan

Kuala Terengganu : Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Negeri Terengganu akan mengadakan program ceramah agama bersempena Isra' dan Mikraj pada 12 Oktober ini, jam 9.30 pagi di Dewan Besar Wisma Darul Iman.

Kuala Terengganu : Kerajaan Negeri Terengganu sedang menyediakan kertas konsep dasar belia negeri dan dijangkan siap sebelum 31 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, jawatankuasanya akan mengambil tindakan selanjutnya selepasa melihat dasar belia negara yang digubal di peringkat Persekutuan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan ADUN Ajil, Encik Rosol Wahid di Persidangan DUN pada September lalu.

Wan Hassan berkata, Majlis Perungan Belia telah lama diwujudkan tetapi tidak aktif di peringkat negeri.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah dijemput menghadiri Persidangan Majlis Belia Negara di Kuala Lumpur pada 22 Jun lalu antara lain membincangkan perkara tersebut.


  Kembali ke Laman Utama