WEB BPPNT Sumber : BPPNT |
Siri 4
Soalan : Benarkah Allahyarham Tun Abd. Razak membuat keputusan pada tahun 1974 agar memberi royalti minyak kerana Negeri Terengganu adalah sebuah negeri yang termiskin pada ketika itu ?
Jawapan: Kenyataan ini adalah satu angapan yang tidak benar dibuat oleh Kementerian Kewangan sebagai alasan menafikan atau menghapuskan hak royalti petroleum kepada negeri Terengganu pada tahun 1974. Petroleum belum lagi dijumpai di dasar lautan dimana-mana negeri di semenajung khususnya di negeri Terengganu. Petroleum yang dijumpai pada masa itu hanyalah didasar laut di Sabah dan Sarawak sahaja.
Benar sekali negeri terengganu pada masa itu miskin bahkan pada masa ini pun negeri ini masih lagi miskin.
Pada tahun 1974 Allahyarham Tun Abd. Razak tidak tahu sama ada petroleum akan dijumpai atau tidak dimana- mana negeri di semenanjung.Pada masa itu saya memegang jawatan peguamcara Negaradan saya yang mengarang Akta Kemajuan ini dibawah arahan Allahyarham Tun Abd. Razak.Allahyarham Tun Ismail Ahli ( Bekas Gabenor Bank Negera), Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakubdan Yang Amat Mulia Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah. Pada ketika itu perhubungan kerajaan pusat yang diterajui oleh Allahyarham Tun Abd. Razak dengan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak amatlah gentin dan tegang.
Masalah dengan Sarawak ialah tengtan royalti petroleum yang mana Sarawak mendakwa hampir-hampir 100%. Begitu juga negeri Sabah. Alasan mereka menuntut sepenuh royalti itukerana mereka berkata sebelum mereka masuk Malaysia pada tahun 1963 mereka sudah ada dasar lautan bersendirian yang diistiharkan oleh kerajaanKolonia British.
Mereka kata dasar lautan negeri ialah sebagai hak milik mereka.Dakwaan itu sebenarnya menyalahi prinsip Undang-undang antarabangsa.
Kerajaan pusat tidak bersetuju. Pertikaian ini disemarakkan oleh Kementerian Perusahaan Utama apabila kementerian mengambil langkah untuk membuat satu perbadanan undang-undang bernama HIKMA untuk menyelenggarakannehwal mencari dan mengusahakan petroleum di Malaysia.
Pertikaian kerajaan pusat dengan kerajaan negeri tidak terputus kerana soal petroleum. Perselisihan fahaman di antara kedua kerana Allahyarham Tun Mustafa selaku Ketua Menteri Sabah bertindak terlampau bebas, terbang ke sana ke mari
Sehingga masanya dihabiskan di luar Malaysia.
Usaha Allahyarham Tun Abd. Razak cuba menghadkan kebebasan Tun Mustafa menyebabakan perselisihan dianatara mereka semakin hebat.
Tindakan Kementerian Perusahan utama ini- pada masa menterinya ialah Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Haji Taib-menambahkan lagi pertikaian diantara kerajaan Swarawak dan kerajaan pusat daripada Malaysia.
Sekiranya Pertembungan antara Kuala Lumpur dan Kuching dan Kota Kinabalu berterusan ada kemungkinan Sabah dan Sarawak akan menarik diri daripada Malaysia.
Jikalau ini berlaku Malaysiatidak akan ada lagi kerana Singapura sudah keluar daripada Malaysia pada tahun 1965. Untuk menyelesaikan pekara ini Allahyarham Tun Ismail Ali, Yang Amat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah dan saya mengambil langkah mencari penyelesaian. Akhirnya Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub dan tun Abdul Razak bersetuju bahawa serawak menjatuhkan tuntutan dengan sepenuhnya dan tidak lagi menuntut bahawa dasar lautan Sabah dan Sarawak sebagai keupayaan negeri-negeri itu. Apa yang mereka bersetuju ialah mengenai hak keupayaan petrolem yang ada di dasar lautan itu. Hak kepuyaan itu ialah hak negeri- negeri dalam Malysia dan hak keupyaan itu diserah kepada petonas dan sebagai balasan bagi petronas menerima hak keupayan itu petronas dikehendaki membayar wang tunai kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri-negeri berkenaan satu jumlah yang dipersetujui di antara pihak berkenaan.
Perkataan royalti tidak digunakan kerana hendak menjaga sensitiviti kerajaan negeri Sarawak. Tetapi hakikat inilah Allahyarham Tun Abdul Razak dalam penyelesaian politik ini tidak hanya bersetuju bahawa royalti hanya dibayar Sabah dan Sarawak sahaja, bahkan ini disambungkan kepada mana-mana negeri di semenanjung ini. Sekiranya petroleum dijumpai di negeri itu. Inilah sebabnya Seksyen 4 Akta Kemjuan Petroleum menyatakan bahawa wang tunai itu hendaklah juga dibayarkan kepada mana-mana negeri yang berkenaan dengan tidak menentukan mana-mana negeri. Istilah negeri-negeri berlkenaan mestilah mempunyai makna "negeri-negeri yang man petroleum dijumpai dan dikeluarkan pada masaitu petroleum sudah dijumpai dan dikeluarkan didasar laut Sabah dan Sarawak tetapi belum lagi dimana-mana di dasar laut negeri- negeri Semenanjung."
Dengan secara umum Allahyarham Tun Abdul Razak tidak mengamalkan runding diantara negeri-negeri Malaysia Timur( Sabah dan sarawak) serta negeri - negeri Malaysia Barat. Oleh kerana Sabah dan Sarawak dijumpai petroleum dan berhak kepada royalti, kenapakah negeri-negeri lain di Semenanjung jika petroleum juga dijumpai dan diusahakan tidak diberi hak yang sama kepada semua negeri? Ini ialah negeri-negeri bersekutu di bawah nama Malaysia. Di atas pinsip keadilan dan layanan dan hak yang sama bagi semua negeri-negeri dalam Persekutuan, maka hak royalti petroleum itu diberi kepada negeri-negeri berkenaan.
Yang demikian maka petroleum dijumpai dan diusahakan di negeri Pahang, Johor, Perlis dan sebagainya. Petronas wajib membuat bayaran royalti kepada negeri itu tetapi Allah memberkati negeri Terengganu yang mana petroleum di Semenanjung ini hanyalah dijumpai dan diusahakan di negeri Terengganu. Di negeri-negeri lain tidak ada hak mencampuri hal ini dan kerajaan pusat tidak boleh menghalang penerusan membayar royalti itu kepada negeri Terengganu.
Anggapan siaran akhbar Kementerian Kewangan mencampuri hal ini seolah-olah menuduh Allahyarham bersikap tidak kasih kepada negeri Terengganu dan mendiskriminasikan negeri lain, pada hal negeri-negeri itu pun miskin juga. Anggapan ini seolah-olah menuduh Allahyarham Abdul Razak sebagai bertindak tidak adil.
Kesimpulannya ialah:
1. Allahyarham Tun Abdul Razak tidak pernah mengatakan dan akta kemajuan petroleum tidak sebut bahawa wang tunai sebagai balasan kepada peyerahan hak kepunyaan petroleum hendaklah dikhusus dibayar kepada negeri Terengganu kerana negeri ini ialah yang termiskin.
2. Tidak ada satu bukti pun setakat yang saya tahu bahawa bayaran itu ialah kerana negeri Terengganu sebuah negeri yang termiskin.
3. Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian yang dibawahnya ialah untuk menyelesaikan pertikaian politik di antara kerajaan negeri di Malaysia Timur dengan Kerajaaan Pusat.
4. Di samping itu akta ini hak menerima dan mentahkikkan lagi undang-undang dan perlembagaan bahawa tiap-tiap buah negeri dalam sesuatu persekutuan mestinya mempunyai hak dan layanan yang sama. Tidak ada diskriminasi di antara satu sama lain, kecuali atas sebab yang tertentu. Sabah dan Sarawak dan Terengganu berhak kepada royalti kerana petroleum dijumpai dan diusahakan di negeri itu. Negeri-negeri lain dalam Malaysia tidak ada hak kerana tidak dijumpai dan dikeluarkan petroleum di dasar lautan mereka. Dan lagi di antara Sabah, Sarawak dan Terengganu tidak boleh diskriminasikan hak mereka dengan berterusan bayaran royalti kepada Sabah dan Sarawak. Tetapi hak negeri Terengganu dihapuskan walau bagaimanapun penghapusan itu tidak sah dan berkesan dari segi undang-undang.
|