WEB BPPNT Sumber : Malaysiakini |
'Ein Azmi 6:30pm,
SEL: Kerajaan PAS Terengganu bersetuju membawa isu royalti minyak
ke mahkamah sebagai membantah tindakan kerajaan pusat menggantikan
kaedah pembayaran itu dengan wang ihsan. "Kita
tidak menetapkan time frame (tempoh masa), mungkin lewat kerana
(kerajaan negeri) perlu melihat suasana dan beberapa keterangan,"
kata Mustafa kepada malaysiakini tengahari tadi. Beliau
menjelaskan kerajaan negeri masih perlu menerangkan kepada sebahagian
besar rakyat Terengganu sebelum ia dibawa ke mahkamah. Tanpa
royalti minyak, Terengganu kehilangan 75 hingga 80 peratus pendapatan
tahunan. Pada
awalnya, Terengganu dijangka menerima sebanyak RM810 juta ekoran kenaikan
harga minyak di pasaran antarabangsa tahun ini. Negeri itu telah menerima
RM432 juta daripada Petronas pada Februari lalu dan bakinya akan digantikan
dengan wang ihsan yang disalurkan melalui Jawatankuasa Peringkat Pusat
(JPP). Tambah
Mustafa, wakil-wakil rakyat parti pembangkang turut membahaskan isu
tersebut di Dewan Rakyat kini sebagai menghadapi tekanan kerajaan
pusat itu. Dalam
sidang semalam, Presiden PAS yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Fadzil
Mohd Noor berkata "ehsan" sepatutnya diberikan sebagai sokongan
selepas menunaikan tanggungjawab, dan bukannya menafikan hak negeri
itu. 'Batal
dan tidak sah' Kerajaan
PAS dan pembangkang sering berhujah kaedah pembayaran baru itu tidak
sah kerana perjanjian yang dibuat antara syarikat petroleum itu dengan
Terengganu mensyaratkan pembayaran royalti dibuat secara tunai kepada
kerajaan negeri. [K'jaan
pusat tiada hak hapus royalti T'ganu, 11 Okt] Sementara
itu, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Terengganu, Zahari Mohamad
menjawab tuduhan Umno negeri itu yang mendakwa wang royalti telah
diselewengkan oleh kerajaan PAS itu. "Wang
itu (royalti minyak) dimasukkan ke dalam tabung yang disatukan (consolidated
fund). Sesudah (akaun) diaudit (setiap tahun) baru boleh dikatakan
menyeleweng atau tidak," ulas beliau berhubung dakwaan tersebut. Timbalan
Pengerusi Badan Perhubungan UmnoTerengganu, Datuk Idris Jusoh dilaporkan
berkata beliau akan membongkar penyalahgunaan royalti minyak. Idris
mendakwa wang royalti sejumlah RM432 juta "tidak sepenuhnya memberi
manfaat kepada rakyat negeri itu." Bagaimanapun
Zahari menyelar kenyataan Umno itu, sambil menyebut sekiranya kerajaan
negeri menerima maklumat berhubung penyelewengan aktiviti pembalakan,
siasatan akan dijalankan. Pemimpin
PAS itu juga berkata Umno sengaja mereka-reka cerita dan mendakwa
perkara itu sebenarnya berlaku semasa zaman Barisan Nasional.
![]() |